Isnin, 17 Oktober 2011

hooray.... PMR da abis

Setelah penat lelah kami berhempas pulas untuk mendapat 8A dalam PMR. Usaha kami berakhir dgn peperiksaan pada 10 h/b 10.... Tarikh yg cukup bermakna buat kami semua. Disaat itu kami hanya mampu berdoa mohon Allah memberi kami kejayaan iaitu 8A dlm PMR. Kami juga mohon anda yg membaca mendoakan kami...
Kami sungguh gembira kerna kami dapat melepaskan diri drpd pembelajaran biarpun masanya singkat oleh sebab kami perlu lebih berusaha di tingkatan 4 yg begitu penting utk masa depan kami. Kami berbincang biar kami dpt sekolah yg sama agar persahabatan kami yg 4 tahun sudah terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat. Kami lagi excited when Cikgu Sabi kate nak buat lawatan. Terlompat... Malangnya kawan kami Que tidak dapat bersama kami disebabkan dia sudah bertukar sekolah... Persaan sungguh hambar disaat mendengar jawapan darinya. Bagai hendak saja mengalir air mata ini. Namun walau tertumpah air mata darah sekali pun, keadaan tidak dapat kami ubah.
Lepas PMR ni kitorg hanya buat aktiviti bebas. Bebas pun x juga kerna masih ada guru yg prihatin mengawal kami. Pagi2 kitorg PJ... Tapi bosan tetap ada... Tapi tadi entah macam mane kitorg boleh rajin bantu Ckg Nor mengecat dinding di blok ERT. Tapi kami puas 3 jam dihabiskan dgn membantu guru.
Rasenye sampai sini dululah SY@ cerite... dihari yg laen kami akan menulis lagi...
~SY@~